Qistina Zaini

Rookie (ipoh)

Amirul Khirana - Poem by Qistina Zaini

Amirul Khirana

Amirul khirana,
wajahmu bersih ibarat kain putih
matamu....
sinarnya menyejuk hati yang gelora
hidung mancungmu menyimpan rahsia wujudmu

Amirul Khirana,
duduknya kau disitu....
ibarat petanda akan lahirnya
seorang wira,
seorang penyelamat bangsa
dan
seorang pencinta abadi

Amirul Khirana
hatimu selembut sutera
hatimu putih!
seputih salju pagi

Amirul Khirana
jauhilah dirimu dari api noda dunia
Amirul Khirana
Bataslah dirimu dari godaan syaitan durjana

Amirul Khirana
jagalah dirimu
lindungilah wujudmu
lindungilah duniamu

Supaya, kau tetap suci
supaya tiada setitispun lumpur dunia yang bisa
mengotori jiwa murnimu

Amirul Khirana
kau harapan
kau impian

Biarkan hanya kata-kata suci bermakna lahir dari bibir munggilmu
biarkan kemewahan dunia pergi kerna itu
bukan abadi

Amirul Khirana


Comments about Amirul Khirana by Qistina Zaini

There is no comment submitted by members..



Read this poem in other languages

This poem has not been translated into any other language yet.

I would like to translate this poem »

word flags

What do you think this poem is about?



Poem Submitted: Sunday, November 25, 2007

Poem Edited: Tuesday, April 26, 2011


[Hata Bildir]