|
|
Andai cantik itu berlian, Hadirmu melenyapkan segenap sinaran kemegahannya; Andai cantik itu memukau, Kau bunuhku dengannya; Andai hatiku sekeras berlian, Jatuh ia menitis bak embun pagi membasahi kalismu.
Kau bertakhta di hatiku, Andai kau tahu itu; Aku kegeringan oleh keranamu, Andai kau sedari; Dan aku merana dek kerinduan, Andai kau merasakan.
Andai. Andai cinta itu benar, Sungguh aku cinta padamu…
Aku keliru, aku kebingungan, namun ku pasti ini… Bahawa aku merasakannya… harizal/060928
Ditujukan khas untuknya…andai dia menyedarinya…
harizal legend
|
|