Airmata kekasih yang mengalir ini
Bukan kerana dendamku
Benciku
Marahku
Atau geramku
Pada dia – bekas kekasihku.
Airmata kekasih yang mengalir ini
kerana kasihku
Sayangku
Rinduku
Juga cintaku
Buatmu – Sang Rajuna Hati
Pernah airmata yang mengalir ini
Terlalu murah harganya
Pernah setiap titisan itu
Hampas belaka
Tiada nilainya
Airmata yang mengalir kini
bagaikan mutiara
Tiada ternilainya
Buatmu Sang Rajuna Hati.
Ajaibnya airmata yang mengalir dulu dan kini
Untuk dia, untuk mu
Adalah airmata
Dari sepasang mataku yang masih sama
Dari tubir mataku yang tetap serupa
Yang dulunya segar
Tetapi kini semakin layu
Dalam dunia yang amat berbeza.
Istanbul,
18 Jan 2008
This poem has not been translated into any other language yet.
I would like to translate this poem