Mimpi Poem by Rohan Razi

Mimpi

Mimpi itu
Dua kategori
Engkau bermimpi tidur
Engkau bermimpi jaga

Engkau bermimpi tidur
Qarinmu merayap
Pergi ke tempat jaga
Dan malam bagi yang berjaga

Engkau bermimpi jaga
Engkau dan tubuhmu yang merayap
Itu nikmat yang tertinggi

Qarinmu merayap
Kerana ingin mencari kebaikan
Kepadamu

Engkau merayap
Dalam mimpi
Kerana kurnia Tuhanmu

Muhammad itu
Masih hidup
Rentaslah Alam Mimpi
Berguru dengan Muhammad
Yang dikatakan mati

Muhammad hanya solat
Dalam mimpi
Kerana dia hidup
Dalam Alam Roh
Mengaji dengan lagu
Yang mengasyikkan
Dengan wahyu Jibril

Menangis dia kerana
Keindahan Quran

Betutur dengan RabNya
Secara bisikan
Kalis Syaitan

Aduhai mimpi indahnya
Datanglah kepadaku
Untuk kuatur
Kesilapan lalu
Kubetul masa mendatang
Lalu redha Tuhanku.

Monday, April 7, 2014
Topic(s) of this poem: dream
COMMENTS OF THE POEM
Gajanan Mishra 08 April 2014

I failed to understand, thanks.

0 0 Reply
READ THIS POEM IN OTHER LANGUAGES
Close
Error Success