Mengapa Aku Begini Poem by Fareez Phalez

Mengapa Aku Begini

Sesat di dunia yang sementara
Entah mengapa aku keliru
Madu telah dihulurkan
Namun racun juga yang ku mahu

Mengapa aku tidak berfikir
Bijak memilih jalan
Setelah jauh ke pergi
Akhirnya tinggal sesalan

Entah mengapa aku pilih hitam
Bukan putih yang suci
Cara hidupku sangat liar
Sedangkan aku takut mati

Memang aku sayangi diriku
Tapi ku mengjahanamkan
Hisap rokok dan narkoba
Hilang dalam khayalan

Mengapa kawan-kawanku
Mengajar aku mencuri
Mengapa aku masih bebas
Sedangkan mereka digari

Mengapa aku melibatkan diri
Dalam aktivit-aktiviti jenayah
Tidak pilih hidup yang selamat
Aku sukakan yang merbahaya

Mengapa aku inginkan kuasa
Ingin merajalela
Sibuk mengejarkan reputasi
Tak mengejarkan cinta

Mengapa begini
Air jernih menjadi keruh
Mengapa aku
Hati yang suci terpengaruh

Mengapa bila siang hari
Tidak ku ingat pada tuhan
Di kegelapan malam
Aku merayu keampunan

Mengapa oh mengapa
Aku rasa keliru
Dengarkanlah aku oh tuhan
Ampunilah dosa-dosaku

Dan ini bukanlah setakat
Hiburan untuk pembaca
Kata-kata tinta hitam
Mengisahkan kisahku yang nyata

2015

Sunday, August 16, 2015
Topic(s) of this poem: crime,drugs,life
COMMENTS OF THE POEM
READ THIS POEM IN OTHER LANGUAGES
Close
Error Success