Kita Poem by Shemsi Elsani

Kita

Di antara hari nan bersilih
Kita sering berselisih
Tanpa sedar akan gerangan
Kerana kita sangka kita adalah aku
Dalam sendat masa kita lupa

Ada mata yang memandang
Penuh pengharapan
Harapkan sekilas lirikan mata
Cukup menyuburkan harapan nan sedikit
Untuk bekalan hari mendatang

Kita rempuh penuh angkuh
Bak diri tidak dimiliki
Sedangkan kita lupa
Kita adalah serupa
Aku, kamu dan mereka

Ada tangan yang menggapai
Mengharapkan belas ihsan
Bersama keringat nan kering
Berpulas-pulas mencari hidup
Namun kita, tetap aku adalah aku

Hentikanlah langkah angkuhmu seketika
Pandanglah mata-mata mereka
Sambutlah tangan-tangan mereka
Kuntumkanlah senyum mu
Rendahkanlah diri mu
Kerana aku, kamu dan mereka adalah kita

Saturday, March 21, 2015
Topic(s) of this poem: life
COMMENTS OF THE POEM
READ THIS POEM IN OTHER LANGUAGES
Close
Error Success