Kerana Seorang Lelaki Poem by Iris Ixora

Kerana Seorang Lelaki



Seperti malam-malam kelmarin
aku sering berbicara
hanya dengan-MU dan diriku
tentang dia - seorang lelaki.

Seperti hari-hari kelmarin
aku juga berkata-kata
pada-MU dan kepada dia
kerana dia - seorang kekasih.

Seperti minggu-minggu kelmarin
acap kali aku nyatakan -
Aku pasrah pada-MU
Terima kasih TUHAN-ku
terima kasih Sayangku.

Seperti bulan-bulan berlalu,
Sering benar kau bisikan
'Kaulah kekasihku, isteriku.'
kerana dia - seorang suami.

Hanya dengan izin-MU
bertapa akhirnya aku
temui kedamaian
kenali kebahagiaan
sebagai wanita, kekasih dan isteri
kerana dia - adalah lelaki itu.

Kerana lelaki itu
hari ini dan hari hari kelmarin
teramat harum dan masih harum
teramat manis dan masih manis.

OH, TUHAN-ku izinkanlah
agar keharuman ini
moga kemanisan ini
berterusan, berpanjangan
seperti hari-hari kelmarin itu
Dan bukannya fatamorgana
Yang ada tetapi tiada.

Biarpun dia - lelaki itu
tidak mungkin akan mengerti
bait-bait puisi ini
Cukup sekadar aku, dia dan TUHAN-ku yang tahu
bahawa Aku sayang pada mu
lelaki itu - kekasihku, suamiku.


Istanbul,
10 Jan 2008

COMMENTS OF THE POEM
READ THIS POEM IN OTHER LANGUAGES
Iris Ixora

Iris Ixora

Kuala Lumpur, Malaysia
Close
Error Success