Elee Mardiana

Rookie (18/02/1970 / Malaysia)

Cintaku Padamu - Buat Suamiku - Poem by Elee Mardiana

Cintaku padamu
Bukan kerana harta pangkat atau rupa
atau
Kerana iringan bunga dan batu delima
Yang kau curahkan kepada ku
Di setiap saatku jaga

Cintaku padamu
Lahir dari lubuk yang dalam
Kelam
Rahsia
Di antara jasad dan rohku
Di antara degupan jantungku
Mengalir bersama darah di dalam tubuhku
Aku cinta pada mu
Kerana hanya itu sahajalah yang aku tahu

Diriku yang hilang
Kau temui di dalam lumpur nista
Kau sinari dengan keharuman kasih sayang dan keluhuran cinta
Yang tidak pernah aku rasa
Yang tidak pernah aku tahu
Wujud di hati nurani
Seorang insan bernama lelaki

Aku cinta pada mu
Tanpa mengetahui pucuk dan pangkal wujudnya perasaan ini terhadap mu

Aku cinta pada mu
Itu sahaja


Comments about Cintaku Padamu - Buat Suamiku by Elee Mardiana

There is no comment submitted by members..



Read this poem in other languages

This poem has not been translated into any other language yet.

I would like to translate this poem »

word flags

What do you think this poem is about?



Poem Submitted: Wednesday, February 2, 2011



[Hata Bildir]