Andai Cinta Itu Benar
Andai cantik itu berlian,
Hadirmu melenyapkan segenap sinaran kemegahannya;
Andai cantik itu memukau,
Kau bunuhku dengannya;
Andai hatiku sekeras berlian,
Jatuh ia menitis bak embun pagi membasahi kalismu.
Kau bertakhta di hatiku,
Andai kau tahu itu;
Aku kegeringan oleh keranamu,
Andai kau sedari;
Dan aku merana dek kerinduan,
Andai kau merasakan.
Andai.
Andai cinta itu benar,
Sungguh aku cinta padamu…
Aku keliru, aku kebingungan, namun ku pasti ini…
Bahawa aku merasakannya…
harizal/060928
Ditujukan khas untuknya…andai dia menyedarinya…
harizal legend
http://www.poemhunter.com/
|